Thursday, March 3, 2011

Gelatin

Sekadar perkongsian dr ilmu dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Harap maaf jika terdapat sebarang kesilapan............

Gelatin adalah protein dan tidak mengandungi karbohidrat mahupun lemak.Ditapis dari kolagen semula jadi dari tisu haiwan,pengilangan gelatin dengan kemudahan yang moden mememuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang tinggi.

Gelatin kebanyakannya diperbuat daripada kulit khinzir, lembu dan ikan, bahagian (splits) lembu dan tulang khinzir, lembu dan ayam.

Pengenalan

Orang-orang Greek and Mesir telah mengetahui rahsia ini di zaman pertengahan. Denis Papin, seorang Perancis dengan periuk stimnya memulakan resipi gelatin.

Antara aktiviti komersil hanya bermula dikurun abad ke-20 : 


- Makanan

Gelatin adalah ramuan makanan. Gelatin digunakan terutamanya kerana sifat-sifat fungsinya,kerana keupayaannya memekatkan, menstabilkan, menserbatikan,dan mengeraskan.

Contoh produk-produk yang mengandungi gelatin termasuk:

konfeksi > Gummy, mashmallows,fruit chews, toffee,dll

Jeli > pelbagai pencuci mulut

produk roti dan kek > pelbagai produk.

produk daging > makanan dala tin, sosej, dll

produk tenusu > ais krim, yogurt,mousses, margerin dan milk products
 


- farmaseutikal & kosmetik 

Digunakan:

- sebagai pengembang plasma darah,

- kapsul gelatin keras,kapsul lembut untuk penghantaran ubat-ubatan dan

  tambahan makanan,

- sebagai agen pembentukan dan salutan tablet & pil,

- sebagai asas vaksin dan juga span pembedahan

- bahan campuran losyen, krim dan produk kosmetik
 


- Fotografi

Gelatin digunakan sebagai gel sokongan untuk salutan negatif filem, kertas fotografi dan filem sinaran –X (x-ray).Gel sokongan ini berisi pewarna dan sebatian yang sensitif kepada cahaya.
Bahan imaging bagi holografi dan salutan kertas ink-jet.


No comments:

Post a Comment