Thursday, March 10, 2011

Hampehnya Pilihanraya..

Pada PRK Kerdau yang lepas penulis telah tinggal beberapa hari di sana dan berpeluang untuk berkempen serta melihat seluruh perjalanan PRK tersebut. Penduduk di Kerdau ini terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa tetapi majoritinya terdiri daripada yang beragama islam dan berbangsa melayu. Suasana amat meriah dapat dirasakan terutamanya bagi seluruh penduduk di Kerdau yang selama ini boleh dikatakan terpinggir dari arus pembangunan dengan tiba-tiba dicurahkan dengan pelbagai projek mee segera sempena PRK baru-baru ini. Persoalannya......Kenapa waktu PRK macam ni baru nak bagi??Kenapa waktu PRK baru menteri-menteri nak turun tengok kesusahan rakyat??? dan Kenapa menggunakan wang sebagai alat memancing undi..??Inilah yang dinamakan permainan politik tapi ini lebih kepada permainan politik golongan yang penakut dan bacul.
Sepanjang di Kerdau penulis sempat pergi ke rumah beberapa orang penduduk di sana dan menerima layanan yang amat baik sehingga ada yang ingin menjadikan anak angkat. Penduduk di Kerdau sebenarnya dapat membezakan yang mana benar dan sebaliknya. Andai PRK ini dijalankan dengan telus pasti kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Sekiranya berada di kawasan Kerdau kita akan dapat melihat pelbagai projek ditaburkan antaranya jalan raya diturap selebar-lebarnya, pejabat pos mini yang dirasmikan serta-merta  di pekan lama Kerdau yang selama ini telah diwakili oleh wakil kerajaan sejak merdeka dan pelbagai lagi projek serta janji. Penduduk di Dun Kerdau juga menerima pelbagai jenis makanan yang dihantar dari rumah ke rumah dengan nilai makanan tersebut melebihi RM100 pada satu-satu rumah dan ini tidak termasuk duit-duit yang diberi untuk mengaburi mata pengundi-pengundi. Inilah cara berkempen satu-satunya parti yang selama ini memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Melihat disebalik kepada kekalahan pada PRK ini pasti ada sesuatu sebab Allah memberikan keputusan sebegini dan pasti ada hikmahnya disebaliknya. Di mata manusia mungkin kita kalah tapi biarlah kemenangan sebenar kita di sisi Allah...... 

Thursday, March 3, 2011

Gelatin

Sekadar perkongsian dr ilmu dan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Harap maaf jika terdapat sebarang kesilapan............

Gelatin adalah protein dan tidak mengandungi karbohidrat mahupun lemak.Ditapis dari kolagen semula jadi dari tisu haiwan,pengilangan gelatin dengan kemudahan yang moden mememuhi piawaian kesihatan dan keselamatan yang tinggi.

Gelatin kebanyakannya diperbuat daripada kulit khinzir, lembu dan ikan, bahagian (splits) lembu dan tulang khinzir, lembu dan ayam.

Pengenalan

Orang-orang Greek and Mesir telah mengetahui rahsia ini di zaman pertengahan. Denis Papin, seorang Perancis dengan periuk stimnya memulakan resipi gelatin.

Antara aktiviti komersil hanya bermula dikurun abad ke-20 : 


- Makanan

Gelatin adalah ramuan makanan. Gelatin digunakan terutamanya kerana sifat-sifat fungsinya,kerana keupayaannya memekatkan, menstabilkan, menserbatikan,dan mengeraskan.

Contoh produk-produk yang mengandungi gelatin termasuk:

konfeksi > Gummy, mashmallows,fruit chews, toffee,dll

Jeli > pelbagai pencuci mulut

produk roti dan kek > pelbagai produk.

produk daging > makanan dala tin, sosej, dll

produk tenusu > ais krim, yogurt,mousses, margerin dan milk products
 


- farmaseutikal & kosmetik 

Digunakan:

- sebagai pengembang plasma darah,

- kapsul gelatin keras,kapsul lembut untuk penghantaran ubat-ubatan dan

  tambahan makanan,

- sebagai agen pembentukan dan salutan tablet & pil,

- sebagai asas vaksin dan juga span pembedahan

- bahan campuran losyen, krim dan produk kosmetik
 


- Fotografi

Gelatin digunakan sebagai gel sokongan untuk salutan negatif filem, kertas fotografi dan filem sinaran –X (x-ray).Gel sokongan ini berisi pewarna dan sebatian yang sensitif kepada cahaya.
Bahan imaging bagi holografi dan salutan kertas ink-jet.