Pada masa kini, penggunaan bahan yang ditambah ke dalam makanan asal untuk tujuan tertentu berdasarkan kepada pilihan teknologi dan hasil makanan yang diinginkan. Bahan-bahan yang ditambah tersebut diperbuat dan berasal dari pelbagai sumber. Ada sebahagiannya daripada sumber tersebut mungkin meragukan dan tidak halal pada hukum syarak. Berikut adalah senarai bahan yang haram atau berpotensi menjadi haram bergantung kepada sumber asal :
Gelatin
Gelatin adalah sejenis pemekat atau penstabil protein dari tisu haiwan seperti di kulit dan tulang. Gelatin digunakan dan menyerupai agar2. Ia digunakan dalam makanan seperti gula2, jeli, aiskrim coklat dan pelbagai lagi. Sumber gelatin biasanya dari haiwan seperti lembu yang disembelih mengikut syarak dan tumbuh2an.
Pengemulasi mono atau gliserida dari minyak
Berfungsi untuk menahan perpisahan minyak dari air di dalam hasil emulasi. Bahan pengemulasi seperti mono dan gliserida dihasilkan dari minyak dan lemak samada minyak sayuran atau lemak haiwan termasuk lemak babi. Oleh itu, masalah halal haram akan timbul bergantung kepada sumber bahan tersebut.
Alkohol
Berfungsi sebagai bahan pelarut untuk bahan perisa dan pewarna. Alkohol biasanya digunakan dalam industri minuman sebagai bahan pelarut. Alkohol juga terdapat dalam industri pembuatan kek bagi menjadikan sesuatu kek itu tahan lebih lama.
Enzim
Kebiasaannya enzim diperolehi dari perut anak lembu di mana anak lembu tersebut dibunuh dan kemudian diambil perutnya untuk dikeringkan. Enzim tersebut kemudiannya diekstrak dan digunakan dalam pembuatan keju. Oleh itu, penyembelihan anak lembu tersebut mempunyai implikasi halal haramnya. Sekarang ini, enzim tersebut boleh juga diperolehi dari mikroorganisma(rennilase) dan kaedah ini ternyata halal.
Asid lemak dan gliserol
Diperolehi dari minyak dan lemak(sayuran dan haiwan). Status halalnya bergantung kepada sumber lemak dan minyak tersebut. Gliserol ini sebagai kondisioner makanan dan juga banyak digunakan dalam alat solek wanita.
Asid amino dan protein tambahan
Digunakan dari minyak dan lemak(sayuran dan tumbuhan). Oleh itu, sumber amino dan protein ini menjadi persoalan halal haramnya.
*sumber dari :
Ustaz Lokman Ab.Rahman
(JAKIM)
No comments:
Post a Comment