Tuesday, August 24, 2010

JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN...(-_-#)

4.00 pagi  - Bangun
Berdoa kepad ALLAH dengan doa :
Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan. Berniatlah  untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.
Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi  - Qiamullail

- Solat Sunat Taubat 
- Solat Sunat Tahajjud 
- Solat Sunat Hajat 
- Solat Sunat Witir

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah  diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita,  taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi -  Makan Sahur
Menggosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di  mulut.

5.30 pagi -  Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca  Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah.  Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit  matahari.

7.00 pagi - Membuat persiapan ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan  doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat  kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati. Banyakkan  istigfar/meminta ampun.
Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh  bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang  di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita  buat.

10.00 pagi - Sembahyang Sunat Dhuha
Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah  diamalkan.
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat  kerana ALLAH Taala.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau  membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun  kecil dan perkara yg sia-sia.

12.45 tgh - Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat  Zohor berjemaah.
Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud. Syukur  setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih  kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat  Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid  sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat  menyembahNYA.

5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan  sahur
Tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dlm diri kita !!!

6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.  Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita  diterima.

Apabila masuk waktu Magrib, Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada  Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa  dengan makanan manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan  solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.

8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
Cuba pertahankan solat terawih walau bagaimana keadaan  sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.
Bacalah Al-Quran dengan penuh  tawadhuk, seeloknyabaca dengan bertadarus ( berkumpulan bergilir-gilir,  seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling  kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar  mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku  berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku , tahun ini kerana ALLAH Taala. ( JANGAN LUPA!!!)

Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa  sebelum tidur :
Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah  tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika  tidur...

*sekadar peringatan untuk semua...(yang menulis ni belum tentu buat)

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan again...Alhamdulillah^_^,

Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang. 

Rejab, Sya'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan bulan kemerdekaan pada bulan ini sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 31 Ogos yang akan datang nanti sehingga tengah malam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.
Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1431 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin…Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1432, Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin…^_^,